berulang kali kau khianati cinta
berulang kali kau menyakiti hatiku
namun aku tetap menyayangimu
menerima mu semula dilubuk hatiku..
walaupun hati masih kecewa
sedih masih terasa
kepercayaan kian pudar
tidak seperti dahulu sewaktu kita bercinta
semuanya kian pudar atas perbuatanmu
tapi keegoan ku hilang
bila bersama dengan mu
itulah jawapan bahawa aku masih sayangkan kamu..
aku sabar dengan karenahmu..
ku buang segala keburukkan yang ada dlm diriku
untuk kau gembira disamping ku
untuk peluang terakhir tidak akan aku siakan..
andai satu hari nanti aku undur diri
ku harap kau faham kenapa aku buat begitu
kerana aku tak sanggup
melihat kau bersama orang lain
satu hari pasti mengerti apa yang ada jauh dilubuk hati ku
mungkin satu hari nanti pasti kau menyesali
namun tidak mungkin aku dapat kembali ke pangkuan mu lagi
maafkan aku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan