23 Ogos 2013

resepi bakso&bebola bakso

asalamualaikum
selamat petang semua..
dah makan ke nie...
hari nie nor buat bakso taw..
mula-mula ingat nak buat bakso tapi bebola bakso tu x ada la..lagi pown malas nak p taman pelangi semata-mata nak beli bebola bakso ja kan..
huhu lepas tu apa lagi...
on lappy cari kan encik google nasib la encik google saya nie baik hati..
then dah dapat la resepinya..
bila dah buat habis dah kan pastu baru tgk resepi rupa-rupanya terlupa nak letak putih telur la..
tapi tak pa janji sedap la..
nak resepi x? jom la tgk resepinya..

resepi nie nor amik dari orang indonesia taw..
tapi kat tempat nor susah nak cari bahan-bahan dari indon soo nor buat je apa yang ada..
ok jum tgk resepinya..

resepi bebola bakso
400gm daging-dicincang atau dijadikan paste
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sudu kecik lada sulah
2 sudu makan tepung ubi
2 sudu makan tepung gandum
1 biji putih telur
garam secukup rasa

cara menyediakannya

1.campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati
2.dalam periuk pula..rebus air bila air dah mendidih bulat2kan doh tadi dan masuk kat dalam air menddih..rebus sehingga timbul dan boleh di angkat..

resepi sup bakso
1 biji biji buah pala}diblender
1 inci lengkuas}diblender
1 inci halia}diblender
1 biji bawang besar}diblender
3 ulas bawang putih}diblender
11/2 sudu lada putih-ditumbuk halus}diblender
1 tangkai kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
4 tangkai bunga cengkih
2 bji buah pelaga
2 paket perencah atau ciub pati lembu
1 kepal lemak daging
daun sup dan daun bawang
1/2 sudu makan gula
garam secukup rasa
1 sudu makan meegi secukup rasa
minyak untuk menumis

cara menyediakannya
1.panaskan minyak dan tums bahan blender dan kulit kayu mans,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga dan tumis sehingga naik bau dan pecah minyak
2.kemudian masukkan lemak daging dan biar sehingga masak..
3.tuangkan air dan biar mendidih selama 5 minit
4.masukkan daun sup dan daun bawang,gula,garam dan meggi secukup rasa dan biar mendidih selama 2 minit..ampa rasa dulu taw..bg secukup rasa..kalu kurang boleh tambah garam atau meegi cukup rasa okey
5.masukkan bebola bakso tadi dan biar mendidih selama 2-3 minit dan boleh tutup api...

bahan-bahan sampingan..
1 paket bihun-dicelur
1 paket mee kuning dicelur
1 batang karrot-di hiris halus
kubis-dihiris halus
bawang goreng
dan daun sup dan daun bawang

resepi sambal bakso
3-4 tangkai cili merah
4-5 tangkai cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
sos cili
dan kicap hans ABC  

cara menyediakannya

1,semua bahan direbus(cili merah,cili padi,bawnag besar,bawang putih) dan ditoskan..
2.blander bahan rebus tadi sehingga lumat dan letak dalam 1 bekas
3, bila nak makan baru campur dengan sos cili dan kicap manis

just senang dan simple 
hasilnya mmg sedap
selamat mencuba semua..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan