23 Julai 2013

biskut lidah kucing pelangi

asalamualaikum.
selamat malam..
dah berbuka??makan apa berbuka tadi..
nor makan simple2 je..
hari nie terlalu sakit perot la apa pun tak taw la yang silap makan..
haaaa tadi nor buat kueh raya yang org tempah.
almond london,short bread..
dah habis dah buat..
soo nor pown relak la disebabkan kepenatan..
pastu teringat pulak kat biskut lidah kucing pelangi..
nor pon apa lagi amik la barang-barang sukat2 semua...
last2 buat....acuan dah ada sebab nor beli ary tu.
bila dah habis tekan mmg terbaik la.. (Y)
 mmg lawa..

bahan-bahan
250gm butter(1 ketul)
200gm tepung gandum}diayak
50gm tepung jagung }diayak
1/4 emplex(perangup biskut)}diayak
100ml putih telur
175gm gula castor
pewarna *merah,oren,kuning,hijau,biru dan purple

cara menyedia..

1.ayak,tepung gandum,jagung dan emplex ketepikan
2.pukul butter dengan gula sampai berkrim dan masukkan putih telur sikit demi sedikit sehingga habis dan kacau sebati
3.masukkan tepung dan kaup balik dengan mengunakan spatula
4.asingkan kepada 6 bahagian dan warna kan..
5.tekan dalam loyang mengikut susunan warna pelangi dan bakar selama 15 minit pada suhu 170 darjah celsius..

soo selamat mencuba ye.
rasanya biskut nie la yang terbaru taun 2013...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan