21 Ogos 2013

sup sayur pucuk

asalamualaikum
selamat petang semua..
dah minum petang kea?
entah kenapa hari ni asyik nak update blog pasal resepi jea..
tapi kali nie sayur pucuk haa taw kan? paket siap dalam tu..
ada soon,pucuk n apa tah tagi ada dalam 3 macam cmpuran..
sayur nie org cina selalu makan bagus untuk menyejukkan badan
masak pown senang just guna bawang putih jea..
mmg senang sgt...sesuai untuk semua jenis org..budak2 pown boleh makan..
sooo jum tgk resepi okey
bahan-bahan;
1 paket sayur pucuk-direndam dalam air.
2 ulas bawang putih-diketuk
1 sudu minyak masak
1 gengam ikan bilis
1 biji bawang besar-dipotong bentuk wedges
3-4 cawan air-ikut cita rasa
1 sudu gula
1 sudu meggi cukup rasa
garam ikut selera

cara menyediakannya:
1.panaskan minyak tumis bawang putih sampai perang dan naik bau..
2.masukkan ikan bilis dan bawang besar dan goreng seketika sehingga layu sikit je ok..
3.masukkan air dan biar mendidih..dan masukkan sayur pucuk rebus kira2 5 minit..
masukkan bahan2 perisa,garam,gula semua la ok..
4.bila dah mereneh selama 1 minit or 2 minit boleh la dihidang...

simple jea kan..
ok la selamat mencuba..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan