21 Ogos 2013

kuey teow goreng simple sangat untuk orang alerjic

Asalamualaikum 
selamat tengah hari semua..
hampa semua dah makan ka nie..?
nor dah makan dah nasi lemak pagi tadi hahahaha 
bekfes yang berat kan..hahaha tak kisah la an..

haaa hari nie nor nak tunjukkan resepi kuey teow goreng yang simple sangat.
sesuai untuk orang alerjic x blh makan udang ke?atau pown seafood..
ok resepi nie nor guna tak pakai cili pown just letak kicap jea dan sesuai la untuk kanak2 kan..
sooo jum la tgk resepinya okeyyy...

bahan-bahan:-
1paket kuey teow-dibasuh dan ditoskan..
1 genggam ikan bilis-dikopek dan dibasuh dahulu
1 mangkuk taugeh-dibasuh
5 ulas bawang putih-diketuk
5-6 sudu besar kicap cair
3 sudu besar sos tiram
1 sudu meegi  secukup rasa
3 sudu besar minyak masak

cara menyediakannya:-
1. panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga warna perang dan masukkan ikan bilis dan goreng sekejap.
2.kemudian masukkan kicap,sos tiram dan meegi secukup rasa dan kacau 
3.masukkan kuey teow dan gaul hingga sebati...
4.masukkan taugeh dan goreng selama 5 minit dan boleh  di hidang...

soo sangat simple kan..
mudah je kicap ikut kamu la ye sama ada nak hitam ataw x..
nor buat ala cina sbb masuk bawang putih jea kan..
ok la selamat mencuba..
yang penting pantang makan..huhuhu sabaq ja la..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan