Asalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuhh...
selamat tengahhari semua sahabat yang saya syg....
dah lunch ke nie???nor dah lunch tapi blom makan nasi...
makan mihun goreng ayam..
haaa meh la nor nak kongsikan resepi untuk pembaca semua.
nampak sedapkan bnyk sayur sbb nor suka makan sayur...
jom lah tgk resepinya..
bahan-bahan:
1 paket bihun cap kapal layar}direndam
5 ulas bawang putih}dicincang
2 ketul dada ayam}dipotong dadu.........
1 pokok sawi}dipotong panjang}mcm dlm gmbar
50 sen taugeh..
3 sudu cili bohh
3 sudu kicap manis
1/2 sudu gula
1 sudu meggi secukup rasa
sedikit garam jika perlu....
cara-caranya...
1.panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga menjadi warna kuning kemudian masukkan ayam..
dan goreng selama 5 minit..
2.masukkan cili boh dan masukkan gula...goreng sehingga cili boh masa selama 2 minit atawpown sehingga naik minya..
3.masukkan kicap dan masukkan batang sawi,meggi secukup rasa dan garam jika perlu dan goreng sehingga layu...
4.masukkan mihun dan gaul-gaul sehingga sebati dan biar goreng selama 5-10 minit sehingga bihun dah lembut..
5.masukkan daun sawi dan taugeh,,goreng sehingga sayur layu..
dan boleh dimakan...
resepi nie mmg resepi mak saya...
nak masukkan bahan2 pown ada step by step bukan main hentam je..
kalu x ikut kang my mumy marah..
soo...selamat mencuba,,,dan selamat berhujung minggu....
peace... ^^V
Tiada ulasan:
Catat Ulasan